Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WeChat Kini Melangkaui Angka 1 Bilion Pengguna Aktif Seluruh Dunia

WeChatWeChat merupakan salah satu aplikasi permesejan popular daripada Tencent dan digunakan secara meluas di dunia, termasuk di Malaysia. Melalui WeChat, pengguna bukan sahaja boleh menghantar dan menerima mesej – tetapi ia juga mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri tambahan, termasuk sokongan e-dagang, dompet digital terbina, dan sebagainya.

Terkini, ia dilaporkan yang mana angka pengguna aktif WeChat telah pun melangkaui 1 bilion, sekaligus meletakkan WeChat sebagai salah satu aplikasi permesejan popular di dunia.

WeChat sebelum ini telah berkongsi yang mana pengguna WeChat menghantar lebih 38 bilion mesej teks, 6.1 bilion mesej audio, dan sekitar 205 juta panggilan suara dan video setiap hari.

Baru-baru ini juga mereka telah telah mulakan ujian kad pengenalan digital di China yang dipautkan terus ke akaun WeChat.

Dengan angka melangkaui 1 bilion ini, pihak WeChat semestinya mempunyai sejumlah perancangan menarik yang lain, dan salah satunya adalah termasuk pengenalan WeChat Pay di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "WeChat Kini Melangkaui Angka 1 Bilion Pengguna Aktif Seluruh Dunia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info