Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spotify Mula Memerangi Pengguna Yang “Melanun” Perkhidmatan Spotify Premium

Spotify sedia menawarkan perkhidmatan percuma dan berbayar dalam memudahkan pengguna menstrim dan mendengar lagu kegemaran dengan mudah. Walaupun ditawarkan pada harga rendah, namun masih terdapat sejumlah pengguna yang melanun perkhidmatan berkenaan dengan menggunakan aplikasi yang diubah-suai untuk mengakses ciri-ciri Spotify Premium.

Terdapat beberapa pihak yang menawarkan aplikasi Spotify yang diubah-suai, sekaligus membolehkan pengguna mengakses ciri-ciri berbayar tanpa mengeluarkan sebarang bayaran langganan. Perkara ini sekaligus merugikan pihak Spotify – kerana kebiasaannya mereka memaparkan iklan kepada pengguna percuma dalam usaha menjana wang.

Spotify Family

Kini, pihak Spotify dilihat telah mula memerangi pengguna berkaitan. Melalui TorrentFreak, ia dilaporkan yang mana Spotify telah mula menghantar emel kepada pengguna yang menggunakan aplikasi diubah-suai untuk memadam aplikasi berkenaan dan memuat-turun aplikasi rasmi daripada Google Play Store.

Spotify turut memberikan amaran yang mana akaun pengguna berkaitan mungkin digantung sekiranya mereka berterusan menggunakan aplikasi Spotify yang diubah-suai.

Seperti biasa, kami mengalakkan pengguna untuk memilih menggunakan aplikasi rasmi – sama ada percuma, atau anda turut boleh berjimat dengan melanggan Spotify Family.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spotify Mula Memerangi Pengguna Yang “Melanun” Perkhidmatan Spotify Premium"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info