Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Netflix Kelak Akan Membolehkan Ibu Bapa Lebih Mengawal Kandungan Yang Ditonton Anak Mereka

Netflix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video popular, dan menyertakan sejumlah besar kandungan melaluinya. Dengan koleksi yang besar, ia mungkin agak sukar untuk mengawal apakah kandungan yang mungkin diakses anak-anak anda.

Kini, dalam usaha untuk mengelak kanak-kanak daripada menonton kandungan yang tidak bersesuaian dengan mereka, Netflix memperkenalkan ciri kawalan ibu bapa yang ditambah-baik lagi.

Netflix Kawalan Ibu Bapa

Pada hari ini, ibu bapa akan diperlukan menambah pin 4 angka – yang mana akan ditanya oleh Netflix ketika ingin menonton rancangan atau filem yang dilabelkan tidak sesuai untuk mereka yang bawah umur. Ciri ini telah diperkenalkan sebelum ini, tetapi apa yang barunya adalah dimana kelak Netflix akan turut membolehkan ibu bapa menambah sesuatu filem atau rancangan TV dalam senarai untuk dihalang aksesnya.

Disamping itu, label untuk sesuatu filem akan dipaparkan dengan lebih jelas selepas ini untuk memudahkan anak-anak anda memilih rancangan yang ingin ditonton.

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan oleh Netflix dalam bulan-bulan akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Netflix Kelak Akan Membolehkan Ibu Bapa Lebih Mengawal Kandungan Yang Ditonton Anak Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info