Huawei P20 dan P20 Pro merupakan dua telefon pintar daripada Huawei yang baru sahaja dilancarkan – dan kedua-duanya turut hadir dengan rekaan skrin bertakuk. Namun, rekaan seumpama ini mungkin tidak begitu diminati beberapa pengguna, dan untuk mengatasinya, pihak Huawei menyertakan sokongan untuk menyembunyikannya melalui penggunaan perisian.
Melalui halaman tetapan, Huawei menyertakan kebolehan untuk memaparkan atau menyembunyikan skrin takuk berkenaan. Huawei menyembunyikan ia dengan mengubah paparan bar status kepada warna hitam, sekaligus sedikit menyembunyikan paparan takuk pada skrin.
Selepas memilih untuk menyembunyikan takuk, ia boleh dikatakan warna hitam latar yang digunakan pada bar status sedikit menyembunyikan paparan takuk. Walaupun ini hanyalah penyelesaian dari segi perisian, namun, mungkin ada pengguna yang lebih mengemarkan paparan sebegini berbanding dengan penggunaan skrin takuk.
Banyak lagi menarik FB kami
https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P20 Menyertakan Ciri Menyembunyikan Paparan Skrin Takuk"