Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mula Menjual Aksesori Berwarna Space Gray iMac Pro Secara Berasingan Pada Harga Premium

Apple iMac Pro mula dijual Disember lalu dengan aksesori eksklusif berwarna Space Gray. Bagi pengguna Mac yang ingin membelinya secara berasingan, ia kini boleh dilakukan menerusi laman Apple pada harga yang lebih premium dari harga aksesori berwarna putih.

Sebuah Magic Keyboard Space Gray dijual pada harga RM 649 berbanding RM 599 untuk versi berwarna putih. Magic Mouse 2 Space Gray pula berharga RM 469 berbanding RM 379 untuk versi berwarna putih. Akhir sekali Magic TrackPad 2 Space Gray dijual pada harga RM 649 berbanding RM 599 untuk versi berwarna putih.

Harga yang ditawarkan ini mungkin lebih mahal dari biasa tetapi masih lebih mampu milik berbanding pilihan asal perlu membeli sebuah iMac Pro yang mencecah puluhan ribu ringgit.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mula Menjual Aksesori Berwarna Space Gray iMac Pro Secara Berasingan Pada Harga Premium"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info