Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ShopBack : Pembeli Malaysia Membelanjakan RM101 Secara Purata Pada 11.11

Tarikh 11.11 menyaksikan pelbagai promosi menarik ditawarkan oleh laman e-dagang di Malaysia, termasuk seperti Lazada, 11Street, Shopee dan sebagainya. Langkah promosi jualan ini turut memberikan impak kepada ShopBack – iaitu salah satu laman yang diminati oleh mereka yang membelanjakan wang secara atas-talian.

ShopBack

Untuk anda yang tidak mengenali akan ShopBack, ia membolehkan anda mendaftar akaun, dan mendapatkan sebahagian wang yang anda belanjakan kembali melalui kerjasama beberapa laman jualan atas-talian. Ini sekaligus membolehkan ShopBack turut mengumpulkan beberapa data menarik mengenai jualan Singles Day berkenaan.

Menurut ShopBack, tempoh pembelian yang paling popular dikalangan pengguna Malaysia adalah antara 12 tengah malam hingga 12.59 pagi. Secara kasar, ia memperlihatkan sekitar 40 pesanan dilakukan setiap minit oleh pengguna tempatan. 60% pengguna tempatan turut dilihat melakukan pembelian dan transaksi melalui peranti mudah-alih.

Berkongsi lanjut, ShopBack mengatakan pengguna tempatan membelanjakan sekitar RM101 secara purata pada acara Singles Day berkenaan. Transaksi yang paling besar dilihat oleh ShopBack adalah perbelanjaan bernilai RM11,000 oleh seorang pembeli – dimana majoritinya dibelanjakan untuk membuat tempahan Expedia.

Bagi anda sendiri, bagaimanakah anda menyambut Singles Day? Adakah anda melakukan pembelian yang banyak ketika itu?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ShopBack : Pembeli Malaysia Membelanjakan RM101 Secara Purata Pada 11.11"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info