Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi WhatsApp Mungkin Diperkenalkan Untuk iPad

WhatsApp sedia ditawarkan untuk pengguna iPhone, dan kini pihak WhatsApp dijangka akan terus memperluaskan sokongan dan melancarkan aplikasi yang dioptimasikan untuk iPad tidak lama lagi.

Perkara ini sudah kelihatan pada versi pembangunan aplikasi mereka. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah aplikasi WhatsApp untuk iPad akan berfungsi. Sama ada ia akan menawarkan ciri seumpama WhatsApp pada desktop, atau sesuatu yang berbeza sepenuhnya.

Langkah sokongan untuk peranti lain ini mungkin merupakan usaha WhatsApp untuk meneruskan dan meningkatkan penggunaan perkhidmatan berkenaan – apatah lagi dengan langkah WhatsApp yang kini turut telah menawarkan WhatsApp Business.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperkenalkan aplikasi untuk iPad ini secara rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi WhatsApp Mungkin Diperkenalkan Untuk iPad"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info