Penggunaan tanda pagar atau tagar (hashtag) pada perkongsian di Instagram bukan sesuatu yang baru. Melaluinya, ia membolehkan anda tag sesuatu perkongsian dibawah sesuatu topik, dan memudahkan pengguna lain mengikuti, membuat carian atau memahami perkongsian anda.
Kini, melalui ujian baru yang dilakukan oleh Instagram, ia dilihat ingin membolehkan pengguna untuk mengikuti sebarang tanda pagar dengan mudah – lebih kurang seperti mengikuti pengguna lain di perkhidmatan berkenaan.
Ok this is new. What does this do @SimonSocialMM @BizPaul @NatalieTFG any ideas? I've followed 2 but can't find what that means!! http://pic.twitter.com/LlCBk4Wmfv
— Pippa Akram (@Social_Pip) November 9, 2017
Langkah ini mungkin akan memaparkan pelbagai perkongsian dibawah sesuatu tanda pagar terus pada laman utama – sekaligus mengelakkan anda terlepas sebarang perkembangan berkaitan sesuatu topik.
Ini juga akan menjadi salah satu ciri yang digemari pengguna perusahaan untuk memudahkan mereka mengikuti apakah yang dikongsikan oleh pengguna lain berkaitan dengan mereka.
Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja dapat melihat ujiannya. Ia tidak diketahui lagi bilakah Instagram akan memperkenalkannya secara rasmi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Menguji Kebolehan Untuk Pengguna Mengikuti Sesuatu Tagar"