Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Face ID Pada iPhone X Boleh Dipintas Dengan Topeng Walaupun Selepas Fungsi Attention Aware Diaktifkan

Sistem Face ID pada iPhone X telah berjaya dipintas oleh firma keselamatan Bkav dua minggu yang lalu. Topeng cetakan 3D dan gambar mata digunakan untuk menyahkunci peranti. Namun dalam percubaan tersebut fungsi Attention Aware tidak diaktifkan. Fungsi ini akan mempertingkatkan lagi keselamatan peranti.

Firma Bkav kembali dengan sebuah lagi video yang mendakwa Face ID  telah berjaya dipintas walaupun dengan Attention Aware diaktifkan. Sekali lagi topeng cetakan 3D telah digunakan. Gambar mata yang diambil menggunakan gambar infra merah dilekapkan pada topeng tersebut. Menurut Bkav kerana ia boleh dipintas, Face ID bukanlah sisten yang selamat untuk melakukan transaksi perniagaan.

Bagi memintas Face ID, penjenayah masih perlu mempunyai akses kepada pencetak 3D, imbasan 3D wajah dan gambar mata dalam bentuk infra merah. Ini harus diakui bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan bagi kebanyakan orang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Face ID Pada iPhone X Boleh Dipintas Dengan Topeng Walaupun Selepas Fungsi Attention Aware Diaktifkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info