Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Digital Seperti Netflix Dan iFlix Mungkin Dikenakan Caj GST

Perkhidmatan digital seperti Netflix dan iFlix masih bebas GST buat masa ini. Tetapi ia berkemungkinan berubah tidak lama lagi.

Menurut laporan MalayMailOnline, menurut Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy, perkhidmatan digital kelak akan tertakluk kepada caj GST. Langkah ini dicadangkan dalam pindaan untuk akta GST yang dijangka dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Langkah ini juga dijangka adalah lebih relevan pada era ekonomi digital kini, selain menyumbangkan pendapatan kepada negara. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai perubahan pada akta GST ini dalam waktu terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Digital Seperti Netflix Dan iFlix Mungkin Dikenakan Caj GST"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info