Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Menjadualkan Acara Pengumuman Peranti Baru Pada 1 Mac – HTC One M9?

HTC Global 1 MarchHTC telah memperkenalkan HTC One M8 pada tahun lepas, dimana rekaannya menjadi salah satu perbualan ramai, dan ramai yang masih meminatinya sehingga hari ini. Seperti biasa, setiap tahun mereka mengemaskini penawaran mereka, dan untuk tahun ini mereka dijangka akan hadir dengan peranti flagship baru menggantikan HTC One M8.


Untuknya, kini HTC telah mula menghantar jemputan untuk acara pengumuman mereka yang dijadualkan pada 1 Mac 2015 kelak. Ia akan diumumkan bersempena dengan Mobile World Congress 2015 yang akan diadakan bermula 2 Mac di Barcelona.


Seperti semua sedia maklum, rekaan peranti tersebut menjadi fokus utama, dan ramai menantikan bagaimanakah ia akan kelihatan kelak. Mengikut pelbagai desas-desus, peranti baru daripada HTC ini dikenali dengan nama kod HTC Hima, dan dikatakan akan menyertakan pelbagai pemprosesan dan spesifikasi terkini termasuk sokongan cip pemprosesan Snapdragon 810 dan memori 3GB RAM, selain menggunakan Sense 7.0 dan dilengkapi Android 5.0 Lolipop.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HTC Menjadualkan Acara Pengumuman Peranti Baru Pada 1 Mac – HTC One M9?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info