Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kos Membaik Pulih Sebuah iPhone X Boleh Mencecah RM2328

Tempahan untuk iPhone X sudah dibuka di beberapa pasaran dunia dan akan mula dijual pada bulan November. Bagi kebanyakan pengguna ini ialah satu-satunya iPhone yang wajib dimiliki tahun ini kerana perubahan rekaan yang drastik serta fungsi eksklusif Face ID. Bagi bakal pembeli, kos baik pulih adalah faktor yang dipertimbangkan. Di Amerika Syarikat harga rasmi menggantikan skrin telah diumumkan dan ia adalah $279 (~RM 1183).

Kos untuk membaik pulih kerosakan lain pula adalah $549 (2328). Ini ialah harga untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja dan biasanya lebih tinggi di Malaysia. Apple turut menyenaraikan kos baik pulih skrin dan kerosakan lain untuk kesemua model iPhone yang dihasilkan mereka.

Oleh sebab itu perkhidmatan Apple Care bernilai $199 (~RM 844) ditawarkan. Sekiranya Apple Care diambil, kos baik pulih skrin turun ke $29 (~RM 123) dan kos baik pulih lain pula adalah $99 (~RM 420).

Sumber Apple Support menerusi MacRumors



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kos Membaik Pulih Sebuah iPhone X Boleh Mencecah RM2328"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info