Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Hadir Dengan Project Bloks Untuk Kanak-Kanak Belajar Pengaturcaraan Melalui Permainan

Perkembangan arena perkomputeran dan teknologi turut membawa kepada pembelajaran berkaitan pengaturcaraan yang mula diajar di dalam kurikulum sekolah. Disamping itu, pelbagai gergasi perkomputeran turut memfokuskan kepada memudahkan lagi pengaturcaraan dan menarik minat lebih ramai kanak-kanak untuk turut mengaturcara.

Terkini, Google telah memperkenalkan sebuah projek baru dinamakan Project Bloks yang merupakan sebuah platform hardware terbuka untuk menarik minat kanak-kanak dalam mengaturcara.

Project Bloks

Melalui Project Bloks, pengguna boleh menyambungkan pelbagai blok berbeza dan membuatkannya beroperasi dengan bergantung antara satu sama lain. Google dilihat ingin mengajar berkenaan logik dan asas berkaitan pengaturcaraan melalui penggunaan Project Bloks ini.

Google membangunkan Project Bloks ini dalam bentuk sumber terbuka, sekaligus membuka ruangan untuk pelbagai pengeluar permainan untuk mengintegrasikannya dalam pembangunan permainan mereka. Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar yang menawarkan permainan dengan konsep serupa – tetapi dengan akses Google dan juga pembangunan dalam sumber terbuka, tidak mustahil permainan dibawah Project Bloks menjadi lebih popular pada masa akan datang.

Google masih sedang dalam proses membangunkannya, dan kini membuka peluang kepada pendidik, pengkaji dan ibu bapa seluruh dunia untuk turut serta dalam kajian mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Hadir Dengan Project Bloks Untuk Kanak-Kanak Belajar Pengaturcaraan Melalui Permainan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info