Xiaomi Redmi Note 3 ialah antara peranti kegemaran kami sepanjang 2016. Adalah sukar dipercayai sebuah peranti yang baik dengan pelbagai fungsi tambahan dan kualiti binaan yang baik dijual pada harga yang mampu milik. Anda boleh membaca ulasan kami mengenai peranti ini di sini. Tetapi ia bukan sebuah peranti yang sempurna. Antara perkara negatif yang kami temui pada Redmi Note 3 ialah tiada sokongan split-screen walaupun ia sebuah peranti dengan skrin yang besar.
Fungsi ini akhirnya akan disertakan di dalam MIUI 8. Buat masa ini hanya pengguna ROM MIUI 8 Beta akan dapat mencuba fungsi ini. Fungsi split-screen bukan satu-satunya fungsi baru yang diperkenalkan oleh Xiaomi. Tema warna peranti yang berubah mengikut musim dan suhu turut diperkenalkan pada MIUI 8. Kepada pengguna Android yang mahukan fungsi split-screen, ia adalah fungsi terbina Android N.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MIUI 8 Akan Menyokong Fungsi Split-Screen"