Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Memperkenalkan Mi A1 – Menggunakan Dwi-Kamera Belakang Seumpama iPhone 7 Plus

Xiaomi hari telah mengadakan acara media khusus di India, dan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka yang dinamakan sebagai Xiaomi Mi A1. Xiaomi mengatakan ia hadir dengan rekaan premium, dimana dilengkapi dengan rekaan logam sepenuhnya, dan menawarkan skrin bersaiz besar, dan turut dilengkapi dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Xiaomi Mi A1

Xiaomi Mi A1

Xiaomi Mi A1 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dan membawakan rekaan melengkung pada bahagian tepi untuk memberikan lebih keselesaan ketika memegangnya.

Menjadi fokus utama pada Mi A1 ini juga adalah sokongan dwi-kamera dibahagian belakang. Untuk tujuan berkenaan, Xiaomi menggunakan gabungan lensa rakaman sudut-luas dan juga lensa telephoto. Dengan gabungan kedua-duanya, sejumlah ciri-ciri menarik ditawarkan, termasuk sokongan rakaman gambar bokeh – dimana ia merakamkan gambar yang dikaburkan pada bahagian belakangnya. Xiaomi menggunakan gabungan lensa 12-megapixel, dan mengatakan ia adalah seumpama yang terdapat pada iPhone 7 Plus. Disamping rakaman gambar dalam bentuk bokeh. Mi A1 turut menawarka sokongan zoom optikal sehingga 2x, atau zoom digital sehingga 10x.

Xiaomi Mi A1

Xiaomi Mi A1

Xiaomi Mi A1

Xiaomi Mi A1

Selain pada hanya sensor, Xiaomi turut melengkapkan ia dengan sokongan perisian yang baik. Xiaomi mengatakan ia hadir dengan sokongan algoritma pembelajaran mesin tersendiri. Ia membolehkan penghasilan gambar yang lebih cantik berbanding sejumlah peranti lain di pasaran. Xiaomi turut menyertakan sokongan Beautify 3.0 yang menghasilkan gambar wajah yang lebih cantik berbanding kebiasaan.

Sedang dikemaskini…



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Memperkenalkan Mi A1 – Menggunakan Dwi-Kamera Belakang Seumpama iPhone 7 Plus"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info