Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Memperkenalkan UberTAXI Dan UberFLASH – Kini Anda Boleh Memanggil Teksi Melalui Aplikasi Uber

Tidak lama dahulu. Uber telah menandatangani sebuah MoU bersama-sama dengan Gabungan Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjung Malaysia untuk memperkenalkan servis UberTAXI, dimana pengguna boleh menggunakan aplikasi Uber untuk memanggil teksi bermeter.

Ciri UberTAXI hadir dengan lebih kurang 200 para pemandu teksi dari Gabungan, dan ciri ini boleh digunakan oleh para pengguna Uber di Lembah Klang buat masa ini. Menurut Gabungan lagi, teksi-teksi yang digunakan akan menuruti kriteria Uber dimana kereta-kereta tersebut haruslah berusia 5 tahun dan kebawah.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, teksi-teksi UberTAXI akan menggunakan meter, dan akan menggunakan kadar yang ditetapkan oleh SPAD supaya ia kekal bersaing dengan kadar yang ditetapkan oleh Uber.

Dalam pada itu, UberFLASH juga diperkenalkan untuk menggabungkan pemandu-pemandu UberX dan juga UberTAXI supaya para pengguna Uber boleh mendapatkan kenderaan dengan lebih cepat. Kadar bayaran untuk UberFLASH ini ditetapkan sama-rata diantara pemandu teksi dan juga Uber untuk memastikan bahawa kedua-dua pengguna dan pemandu Uber mendapat nilai yang terbaik.

Ciri-ciri UberTAXI dan UberFLASH ini hadir bermula hari ini, dan para pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi mereka untuk menggunakan fungsi-fungsi ini sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Memperkenalkan UberTAXI Dan UberFLASH – Kini Anda Boleh Memanggil Teksi Melalui Aplikasi Uber"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info