Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Elextra – Kereta Elektrik Yang Mahu Bersaing Dengan Tesla

Tesla dan Faraday Future ialah dua syarikat yang membangunkan kenderaan pemanduan elektrik mereka sendiri. Kedua-duanya mahu mengubah bagaimana kenderaan akan berfungsi di masa hadapan. Kini muncul sebuah lagi syarikat pembangun kenderaan dari Switzerland. Elextra, kereta elektrik rekaan mereka dihasilkan untuk bersaing dengan Tesla P100D yang kini merupakan kereta elektrik terpantas di pasaran.

Elextra berbeza dari Tesla dan Faraday Future kerana rekaannya yang amat mirip seperti sebuah kereta lumba. Sekilas pantas ia mirip sebuah Lamborghini dan Ferrari. Bumbung kenderaan mempunyai sayap spoiler berbentuk huruf V pada bahagian belakang.

Elextra akan dilengkapi motor elektrik 680 kuasa kuda dengan kelajuan maksimum 250 Km/j. Ia mempunyai jarak pemanduan maksimum sehingga 600 kilometer. Elextra mensasarkan masa memecut dari 0-100 Km/k kurang dari 2.28 saat yang dicacatkan oleh Tesla P100D. Maklumat lanjut mengenai Elextra dan harga jualan akan diumumkan pada penghujung tahun.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Elextra – Kereta Elektrik Yang Mahu Bersaing Dengan Tesla"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info