Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengodam Kini Boleh Menyerang Komputer Menggunakan Fail Sarikata Pada Pemain Media

Arena sekuriti semakin mendapat perhatian akhir-akhir ini, apatah lagi dengan para pengodam yang mengambil pelbagai peluang untuk menyerang komputer pengguna. Terkini, Check Point melaporkan yang mana pengodam menemui peluang untuk menyerang komputer pengguna menggunakan fail sarikata yang dimuatkan ke pemain media.

Empat pemain media dilihat mempunyai kerentanan yang membolehkan pengguna menyerangnya melalui fail sarikata, iaitu VLC, Kodi (XBMC), Popcorn Time, dan juga Stremio.

Ia didapati yang mana sebelum pemain media berkenaan memproses dan memaparkan sarikata pada video, ia membolehkan pengodam mendapatkan akses kepada komputer atau Smart TV secara keseluruhan.

Memandangkan kebanyakkan sarikata boleh dimuat-naik sesiapa ke platform seperti Subscene, OpenSubtitles dan sebagainya, maka ia memudahkan lagi pengodam untuk menyerang komputer atau TV dengan mudah.

Walaubagaimanapun, kerentanan ini telah diatasi melalui versi terkini pemain media – dan memerlukan pengguna untuk mengemaskini perisian mereka supaya terus melindungi komputer anda daripada menjadi mangsa godaman.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengodam Kini Boleh Menyerang Komputer Menggunakan Fail Sarikata Pada Pemain Media"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info