Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nintendo Dan Western Digital Bekerjasama Menawarkan Kad Mikro-SD Khusus Untuk Nintendo Switch

Nintendo kini mengumumkan kerjasama bersama pihak Western Digital untuk menawarkan kad mikro-SD SanDisk berjenama khusus untuk Nintendo Switch.

Ia hadir dalam variasi 64GB dan juga 128GB, selain menawarkan penjenamaan khusus Nintendo Switch di atas mikro-SD berkenaan.

SanDisk Switch

Selain daripada itu, tiada sebarang perbezaan yang ditawarkan pada kad mikro-SD tersebut. Sekiranya anda mempunyai sejumlah besar kad mikro-SD, dengan mendapatkan kad mikro-SD berjenama khusus ini mungkin memudahkan anda mengasingkan ia daripada terguna untuk rakaman video, pada telefon pintar atau sebagainya.

Kad mikro-SD ini akan ditawarkan bermula bulan Oktober ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nintendo Dan Western Digital Bekerjasama Menawarkan Kad Mikro-SD Khusus Untuk Nintendo Switch"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info