Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mempatenkan Sistem Audio Untuk iMac Yang Mengubah Kekuatan Bunyi Mengikut Kedudukan Pengguna

Audio yang baik mampu memberikan pengalaman menonton video yang lebih imersif. Kebanyakan komputer di pasaran sekarang masih menggunakan konfigurasi dua pembesar suara dan kekuatan bunyi bergantung kepada kedudukan pengguna. Setiap kali posisi duduk diubah, tetapan bunyi perlu diubah semula. Apple telah mempatenkan sistem audio untuk iMac yang melakukan tetapan secara automatik

Sistem yang dipatenkan ini mengesan kedudukan pengguna di depan skrin. Berdasarkan kedudukan mereka, kekuatan bunyi akan diubah bagi memberikan pengalaman audio yang paling optimum. Selain menonton video, sistem audio yang melaras secara automatik ini juga amat berguna ketika melakukan panggilan video secara atas talian. Tidak perlu lagi mereka bertanya kepada penerima panggilan sama ada mereka boleh didengari dengan jelas di masa hadapan.

Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna ia akan digunakan pada iMac akan datang. Apple terkenal dengan tabiat mengumpul paten terlebih dahulu. Bagi peminat audio, sistem seperti ini amat diperlukan kerana automasi audio ialah satu bahagian yang masih dianaktirikan pengeluar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempatenkan Sistem Audio Untuk iMac Yang Mengubah Kekuatan Bunyi Mengikut Kedudukan Pengguna"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info