Samsung Galaxy Note 7 Fan Edition telah dijual di Korea Selatan sejak Julai yang lalu. Peranti ini dijual hanya di Korea Selatan khas untuk mereka yang tidak sabar menantikan kemunculan Note 8. Sebanyak 400,000 peranti ditawarkan dan kesemuanya telah habis dijual dalam masa dua bulan.
Terdapat laporan Samsung mungkin akan menawarkan Note FE di pasaran luar Korea Selatan. Tetapi dengan Note 8 mula dijual bulan ini, kebarangkalian ia berlaku dalam masa terdekat mungkin amat nipis. Di Korea Selatan Note FE dijual pada harga sekitar RM 2627 sebuah. Ini jauh lebih murah berbanding Note 8 yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM3999.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kesemua Samsung Galaxy Note 7 FE Berjaya Dijual Dalam Masa Dua Bulan"