Kamera DSLR sering digunakan untuk mendapatkan hasil penggambaran yang terbaik, tetapi agak sedikit sukar dibawa atas rekaannya yang besar dan agak berat. Dengan perluasan peranti pintar, ia kini boleh dijadikan sebagai kamera alternatif yang terbaik, apatah lagi ia merupakan alat yang sering dibawa oleh pengguna sepanjang hari.
Salah satu peranti yang mampu memberikan pengalaman fotografi terbaik adalah peranti Huawei P10, yang menawarkan keupayaan sistem dwi-kamera hasil kejuruteraan bersama Leica generasi kedua. Ia dijana dengan sistem berasaskan sensor 20MP (monokrom) + 12MP (RGB), dalam membantu untuk penghasilan imej yang lebih terang dengan perwarnaan yang menarik. Bagi mengurangkan kebergantungan anda pada kamera DSLR, berikut adalah fungsi-fungsi menarik yang boleh didapati pada Huawei P10.
Dwi-Kamera Leica Dengan Portrait Mode
Satu fungsi yang kini menjadi trend oleh pengeluar telefon pintar adalah keupayaan portrait mode untuk mendapatkan gambar dengan kesan bokeh di bahagian belakang objek atau manusia. Bagi membolehkan peranti mendapatkan kesan ini, teknologi dwi-kamera dapat membolehkan peranti menganalisa kedalaman objek, dan seterusnya mengaplikasikan blur seumpama yang dihasilkan melalui kamera DSLR. Apa yang menariknya, Huawei P10 ini turut membolehkan anda mengubah kedudukan dan kekuatan blur ini selepas gambar diambil, yang mana boleh dilakukan terus pada aplikasi Gallery.
Kawalan Manual
Kawalan manual yang hadir pada Huawei P10 boleh dikatakan antara peranti yang memberi penawaran manual yang menyeluruh, yang mana merangkumi pilihan untuk menukar ISO, shutter speed, EV, white balance dan fokus yang lebih fleksibel. Bagi anda yang gemar mengubah angka ISO, Huawei P10 memberikan kawalan ISO bermula dari ISO 50 sehinggalah ke ISO 3200. Untuk kawalan shutter speed pula, aplikasi kamera peranti ini memberikan angka shutter speed sepantas 1/4000s sehingga 32 saat.
Menawarkan Rakaman 4K Pada Harga Lebih Rendah
Harga pasaran untuk kamera DSLR dengan kebolehan rakaman 4K masih ditawarkan pada harga yang agak tinggi yang mana rata-ratanya ditawarkan bermula RM4000 dan ke atas. Dengan Huawei P10, anda mampu menikmati rakaman 4K secara terus, yang mana turut menawarkan aspek rakaman video yang fleksibel. Anda diberikan kebolehan untuk mengubah metering, EV, fokus, dan white balance.
Mempunyai Sokongan OIS
Bagi memudahkan pengguna mendapatkan rakaman yang stabil, Huawei P10 telah didatangkan dengan sistem penstabilan imej (OIS), jadi anda tidak perlu risau dengan rakaman video yang bergegar ketika memegang peranti menggunakan tangan. Ia juga membantu ketika mengambil gambar, jadi anda masih boleh mendapatkan gambar yang tajam walaupun diambil ketika berada di dalam kenderaan atau sedang berjalan. Tetapi satu perkara yang membuatkan sistem OIS ini sangat berguna, anda boleh menggunakan kadar shutter speed yang lebih perlahan tanpa perlu bergantung pada tripod.
Pengaktifan Kamera Lebih Pantas
Kamera DSLR walaupun hadir dengan pembukaan kamera pantas, adakalanya pengguna menyimpannya di dalam beg sekaligus mengambil sedikit masa untuk menjadikan kamera ini berada dalam keadaan sedia. Tidak seperti peranti pintar, ia sentiasa berada di sisi pengguna seperti di dalam poket, dan boleh dikeluarkan secara pantas apabila diperlukan. Dengan hanya menekan butang “volume down” sebanyak dua kali, pengguna akan dibawa ke paparan kamera dengan serta merta.
Mudah Dibawa
Satu perkara yang membuatkan kebanyakan pengguna kini lebih gemar mengambil gambar menggunakan telefon pintar adalah dari segi berat peranti yang lebih ringan dan mudah untuk dibawa. Tidak seperti DSLR, anda perlu membawa beg tambahan, atau menggantungnya di leher yang sedikit sebanyak memberi ketidakselesaan atas fizikal kamera yang cukup berat selain mengundang kepada kes jenayah dan kecuaian. Dengan rekabentuk peranti pintar yang kompak, anda boleh meletakkannya di dalam poket dan memegangnya secara selesa untuk kegunaan fotografi anda.
Dengan keupayaan kamera yang semakin baik pada peranti mudah-alih, penggemar fotografi kini masih berpeluang untuk mendapatkan gambar pada kualiti tinggi, tanpa perlu risau apabila ketiadaan DSLR di sisi. Dengan kehadiran peranti seperti Huawei P10, ia menyajikan pengalaman fotografi yang menyeluruh, merangkumi kawalan manual yang fleksibel, selain didatangkan dengan sensor RGB + monokrom untuk memberi hasil penggambaran yang lebih baik. Walaupun ketiadaan DSLR di sisi, pengguna masih mampu menikmati maspek penggambaran yang unggul, yang mana boleh dinikmati pada peranti yang lebih kecil, mudah digunakan, dan senang untuk dibawa.
Penafian: Advertorial dari Huawei
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bagaimana Huawei P10 Dapat Mengurangkan Anda Bergantung Pada Kamera DSLR?"