Mengikut logik peranti yang terkini dengan spesifikasi tertinggi akan terjual dalam jumlah yang besar sejurus selepas ia dilancarkan. Tetapi menurut maklumat yang dikongsikan oleh Counterpoint, ini adalah tidak benar mengikut data jualan peranti pada bulan Julai 2017. Apple iPhone 7 terletak di tangga teratas dengan pegangan 4% jualan diikuti oleh iPhone 7 Plus (2.9%) dan Oppo R11 (2.1%).
Tambah mengejutkan selepas Oppo R11, Oppo A57 di tempat ketiga dengan 2% diikuti oleh Samsung Galaxy S8 (1.8%) dan Xiaomi Redmi Note 4X( 1.8%). Di kalangan peranti Android, pada bulan Julai jualan peranti kelas pertengahan adalah lebih memberangsangkan. Oppo masih mampu mencatatkan jualan yang mengagumkan walaupun tiada satupun peranti mereka menggunakan pemproses kelas tertinggi.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah peranti di tangan sebuah peranti utama premium ataupun peranti kelas pertengahan yang lebih mampu milik?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone 7 ,7 Plus Dan Oppo R11 Ialah Tiga Peranti Dengan Jualan Tertinggi Pada Bulan Julai"