Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Qualcomm Bakal Memperkenalkan Peranti Baru Berasaskan Kepada Snapdragon 800 Pada Minggu Hadapan

Dengan acara CES 2015 yang bakal diadakan pada minggu hadapan, pelbagai teaser telah mula dikeluarkan oleh pengeluar peranti seluruh dunia. Terkini, pihak Qualcomm turut tidak ketinggalan, dan melalui Tweet, mereka mengatakan akan memperkenalkan telefon pintar baru berasaskan Snapdragon 800 pada minggu hadapan.


Snapdragon 800


Melalui gambar yang dikongsikan melalui Tweet pihak Qualcomm, ia memperlihatkan membawa rekaan kerangka belakang dengan bahagian butang seumpama pada peranti LG. Selain LG, pihak Asus juga telah hadir dengan beberapa teaser baru-baru ini memperlihatkan rekaan peranti seumpamanya untuk Zenfone generasi baru.


Seperti biasa, siapakah rakan kerjasama untuk pengumuman tersebut masih menjadi tanda tanya, dan ia juga menjadi teka-teki sama ada pihak Qualcomm akan mempromosikan Snapdragon 800, ataupun cip pemprosesan dibawah keluarga 8xx.


Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan dengannya di CES 2015 yang akan berlangsung pada bulan hadapan.






Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Qualcomm Bakal Memperkenalkan Peranti Baru Berasaskan Kepada Snapdragon 800 Pada Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info