Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Global Entrepreneurship Movement Dan PIKOM Bekerjasama Untuk Melabur RM100 Juta Kepada 10 Syarikat Startup Terbaik Di Malaysia

Baru-baru ini, syarikat Global Entrepreneurship Movement (GEM) bersama-sama dengan PIKOM telah mengumumkan sebuah kerjasama dimana mereka akan mencari dan memilih sepuluh syarikat startup di Malaysia untuk melaburkan wang sebanyak RM100 juta untuk memesatkan lagi syarikat-syarikat tersebut.

Inisiatif ini, yang dinamakan TENxCLUB Challenge direka untuk mengenalpasti sepuluh startup dengan pendapatan tahunan yang melebihi RM1.0 juta pada penghujung tahun pertama (tarikh akhir Disember 2015) syarikat-syarikat memulakan perniagaan mereka.

Selain daripada bantuan kewangan, syarikat-syarikat yang layak menyertai TENxCLUB Challenge juga akan diberi sokongan mentor yang komprehensif daripada ketua-ketua industri, termasuklah menerima tajaan untuk menghadiri acara-acara networking di mana eksekutif-eksekutif syarikat-syarikat dibawah naungan TENxCLUB ini dapat bertemu dengan syarikat-syarikat lain untuk membina talian erat diantara satu-sama lain.

Layari laman web TENxCLUB



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Global Entrepreneurship Movement Dan PIKOM Bekerjasama Untuk Melabur RM100 Juta Kepada 10 Syarikat Startup Terbaik Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info