Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Menguji Perkongsian Audio Sebagai Kemaskini Status

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan sokongan perkongsian teks, gambar, video, senarai dan sebagainya untuk dikongsikan sebagai kemaskini status di Newsfeed. Kini, gergasi laman sosial berkenaan turut menguji perkongsian dalam bentuk audio dinamakan sebagai “Voice Clips”.

Kemaskini ini hanya diuji dikalangan segelintir kecil pengguna sahaja buat masa ini. Facebook mengatakan melalui kaedah baru ini, ia menawarkan medium perkongsian baru untuk menerangkan apa yang sedang difikirkan oleh pengguna pada sesuatu masa.

Dengan perkongsian audio ini, ia sekaligus akan membolehkan Facebook menambah kandungan berbentuk audio – sekaligus turut mencabang perkhidmatan ke arena podcast yang semakin popular. Untuk pengguna pula, mereka boleh berkongsi kandungan menarik tanpa perlu mereka berada disesuatu lokasi – seperti yang kebiasaannya diperlukan untuk kandungan video.

Sekiranya ujian Facebook ini menerima maklumbalas positif, tidak mustahil kita melihat ciri perkongsian audio ini diperkenalkan meluas kepada semua dalam bulan-bulan akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Menguji Perkongsian Audio Sebagai Kemaskini Status"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info