Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SikurPhone Ialah Telefon Kalis Godam Dengan Dompet Kriptowang Terbina

Demam Bitcoin mungkin sudah berakhir dengan nilai kriptowang ini menjunam lebih 50% berbanding nilai tertingginya sekitar bulan Disember. Tetapi masih terdapat ramai insan yang berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa nilainya akan kembali mencanak seperti pucuk yang dilancarkan. Bagi insan-insan ini, mereka mungkin boleh memesan Sikurphone.

Telefon pintar ini dompet kriptowang terbina dan juga sistem operasi yang dikatakan tahan godam. Pengguna tidak perlu risau kriptowang yang dimiliki dicuri seperti yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini.Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.5″. pemproses MediaTek, memori sebesar 4GB RAM, storan 64GB, kamera hadapan 5-Megapixel, kamera utama 13-Megapixel dan bateri sebesar 2800 mAh.

Sistem operasi Android Nougat yang diubahsuai digunakan pada peranti ini. Setiap aplikasi yang ingin digunakan sudahpun terpasang. Bagi memastikan keselamatan peranti, pemilik tidak boleh memuat turun aplikasi tambahan pasca pembelian. Sikurphone dijual pada harga $799 (~RM 3140) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SikurPhone Ialah Telefon Kalis Godam Dengan Dompet Kriptowang Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info