Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Galaxy Note 8 Menewaskan iPhone 8 Plus Dalam Ujian Membuka Aplikasi Dan Berjalan Pada Latar

Samsung sering dilihat sebagai pesaing terdekat untuk Apple dalam arena telefon pintar, membuatkan kedua-dua peranti utama keluaran kedua-dua syarikat sering dibandingkan. Terkini, PhoneBuff hadir dengan ujian ringkas untuk melihat kelajuan membuka aplikasi dan menjalankan aplikasi pada latar pada Galaxy Note 8 dan juga iPhone 8 Plus.

Daripada ujian yang dipertontonkan, Samsung Galaxy Note 8 dilihat menewaskan iPhone 8 Plus dalam ujian keseluruhan. Dalam membuka aplikasi, iPhone 8 Plus mendahului Galaxy Note 8, tetapi peranti berkenaan dilihat tidak menjalankan semua aplikasi pada latar pada tahap seumpama Galaxy Note 8.

Seperti ramai sedia maklum, Galaxy Note 8 hadir dengan cip Snapdragon 835 (set Malaysia menggunakan cip Exynos), serta memori 6GB RAM yang memberikan ia kelebihan dalam arena multi-tugasan dan menjalankan aplikasi pada latar.

iPhone 8 Plus pula hadir dengan cip A11 Bionic yang memaparkan skor tinggi pada ujian aras, dan memori 3GB RAM.

Secara keseluruhan, Galaxy Note 8 mendahului iPhone dalam membuka pelbagai aplikasi “ringan” yang sering digunakan pengguna, sementara mengambil sedikit masa untuk membuka aplikasi seperti untuk menyunting gambar atau untuk bermain permainan.

Bagi anda sendiri, apa kata anda berkaitan ujian yang dilakukan ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Galaxy Note 8 Menewaskan iPhone 8 Plus Dalam Ujian Membuka Aplikasi Dan Berjalan Pada Latar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info