Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perbandingan Kamera Nokia 3310 (2017) Dan HTC U11

Teknologi kamera pada peranti mudah alih sudah banyak mengalami evolusi. Kemampuan mengambil gambar pada peranti pintar kini adalah amat baik sehingga boleh digunakan untuk muka hadapan majalah dan merakam filem penuh. Menurut markah DXOMark yang terkini, HTC U11 mempunyai kamera pada peranti mudah alih yang terbaik di pasaran sekarang. Tetapi kami ingin melihat adakah kualiti dari kamera 12-Megapixel U11 mempunyai perbezaan yang ketara apabila dibandingkan dengan Nokia 3310 2017 baru dilancarkan hari ini.

Di bawah ialah beberapa contoh gambar yang berjaya kami rakam menggunakan kedua-dua peranti. Kesemua gambar di bahagian kiri ialah dari Nokia 3310 2107 dan di bahagian kanan pula dari HTC U11. Pada tetapan tertinggi, Nokia 3310 hanya mampu merakam pada resolusi 2 Megapixel. Tiada kemampuan untuk melakukan touch autofocus pada telefon ini. Kesemua diambil dengan menekan butang home fizikal.

Pada pendapat kami kualiti gambar yang dirakam menggunakan Nokia 3310 adalah lebih baik dari kami jangkakan. Ia hanya mempunyai masalah white balance dengan gambar lebih kekuningan. Imej masih lagi agak tajam. Masalah hanya mula dilihat apabila terdapat sumber cahaya terang dan pencahayaan yang kurang baik.

Objek yang hampir kepada lensa kamera juga sukar untuk difokus. Seperti gambar di atas gambar pemacu ibu jari tidak boleh difokus dengan betul oleh Nokia 3310. Masalah ini tidak wujud pada peranti utama moden seperti HTC U11.

Kerana resolusi kamera yang lebih rendah, kesemua gambar diambil Nokia 3310 adalah lebih lembut. Tahap keperincian objek adalah nyata lebih rendah.

Seperkara lagi yang menarik ialah Nokia 3301 2017 hanya boleh merakam enam gambar sebelum kehabisan ruangan storan. Masa untuk mengambil gambar juga adalah perlahan jika dibandingkan dengan telefon pintar. Setiap gambar mengambil masa sekitar sesaat untuk dirakam sebelum mengambil sesaat lagi untuk diproses.

Jadi apakah tujuan ujian yang amat tidak adil ini dilakukan? Ia hanya sekadar untuk menunjukkan perbezaan teknologi di antara dua peranti yang berada di hujung spektrum yang ekstrem. Ia juga menunjukkan kemajuan teknologi kamera peranti mudah alih.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perbandingan Kamera Nokia 3310 (2017) Dan HTC U11"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info