Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Firefox Bakal Mengintegrasikan Ciri Rakaman Skrin Terus Ke Pelayar Web

Mozilla melalui pelayar web mereka, Firefox sedia mengintegrasikan beberapa ciri-ciri menarik – termasuk sokongan pemalam. Kini, nampaknya mereka bakal menyertakan satu lagi ciri yang diminta ramai terus pada pelayar web mereka, iaitu kebolehan membuat rakaman skrin.

Firefox ScreenshotsBuat masa ini, pengguna boleh melakukan rakaman skrin terus menggunakan integrasi ciri sama pada sistem komputer. Tetapi, melalui fungsi yang dinamakan Firefox Screenshots ini, Mozilla ingin memudahkan proses berkenaan, termasuk membolehkan pengguna berkongsi terus rakaman skrin kepada rakan lain melalui pautan ringkas khusus.

Firefox Nightly sedia mengintegrasikan Firefox Screenshots ini melalui sebuah butang khusus bersebelahan dengan bar URL. Sebaik sahaja ditekan, pengguna boleh memilih ruangan yang ingin di rakamkan skrin – sebelum memilih untuk berkongsi melalui pautan khusus.

Ia mungkin mengambil beberapa minggu sebelum ciri berkenaan diperkenalkan pada versi stabil Firefox. Selain daripada hanya untuk Firefox, melalui laman Firefox Screenshots, Mozilla turut menyatakan mereka bakal menawarkan sokongan fungsi sama untuk Chrome tidak lama lagi.

Layari : Firefox Screenshots



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Firefox Bakal Mengintegrasikan Ciri Rakaman Skrin Terus Ke Pelayar Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info