Sembang Maniac

Sembang-sembang je

VR Live Pass Dilancarkan Untuk Samsung Gear VR Bagi Menonton Acara Sukan Dan Konsert Secara Langsung

Samsung Gear VR ialah antara peranti realiti maya dengan jumlah pengguna tertinggi. Ia menggunakan teknologi Oculus bagi membolehkan pemakai menyelami dunia realiti maya dengan lebih realistik. Samsung hari ini melancarkan VR Live Pass. Ia perkhidmatan yang membenarkan pengguna menonton acara sukan dan konsert secara langsung dengan pandangan 360 darjah.

Acara VR Live Pass pertama ialah acara sukan lasak UFC 212 yang berlangsung 3 Jun hadapan. Penonton di luar Amerika Syarikat dan New Zealand dapat menonton acara ini secara percuma menggunakan Gear VR. Selepas itu acara X Games Minneapolis pula akan distrim secara langsung pada 13 Julai dan sebuah konsert melibatkan seorang artis ternama pada bulan Ogos.

Dengan VR Live Pass penonton hanya memerlukan sebuah Gear VR untuk merasakan diri mereka seperti benar-benar berada di acara-acara yang disenaraikan di atas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "VR Live Pass Dilancarkan Untuk Samsung Gear VR Bagi Menonton Acara Sukan Dan Konsert Secara Langsung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info