Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo F5 Dijangka Dilancarkan Pada Bulan Oktober Ini

Oppo pada awal tahun ini telah melancarkan Oppo F3, dan kini menjelang penghujung tahun ini, Oppo dilihat dalam persediaan untuk melancarkan satu lagi peranti terbaru mereka dibawah siri-F, iaitu Oppo F5.

Untuk makluman, Oppo jarang menggunakan angka genap pada peranti mereka, membuatkan mereka melangkaui penggunaan angka 4. Siri-F ini juga sering memfokuskan kepada ciri selfie padanya.

Oppo F5 ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober ini. Buat masa ini, mereka telah mula melakukan promosi bersama beberapa selebriti di Filipina, memperlihatkan ia mungkin dilancarkan di negara berkenaan terlebih dahulu.

Instagram Photo

Info penuh mengenai peranti berkenaan masih menjadi tanda tanya. Namun, daripada apa yang dapat dilihat secara kasar melalui beberapa perkongsian di laman sosial, Oppo F5 dijangka hadir dengan skrin yang sedikit memanjang – mungkin pada nisbah 18:9, selain menggunakan satu kamera belakang.

Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai peranti ini dalam masa terdekat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo F5 Dijangka Dilancarkan Pada Bulan Oktober Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info