Ini bukan jenaka April Bebal tetapi adalah berita sahih. Permua Garfield GO baru sahaja dilancarkan untuk peranti Android dan iOS. Seperti Pokemon GO, Garfield GO menggunakan teknologi augmented reality yang memerlukan pemain keluar untuk memainkannya.
Pemain boleh mengumpul peti dan wang maya yang kemudian ditukar kepada voucher untuk barangan percuma di dunia sebenar seperti kad hadiah dari Amazon. Terdapat mini-game dengan pelbagai ganjaran serta koleksi komik yang boleh dikumpul oleh peminat kucing karya Jim Davis ini. Buat masa ini Garfield GO hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Permua Garfield GO Dilancarkan Untuk Android Dan iOS"