Fungsi 3D, 4K dan TV pintar ialah tiga gimik yang digunakan oleh pengeluar TV untuk membuatkan kita membeli televisyen baru. Tetapi pengguna nampaknya tidak termakan dengan gimik-gimik kerana televisyen LED HD penuh biasa adalah lebih dari mencukupi. Samsung mempunyai sebuah lagi gimik untuk televisyen mereka yang mensasarkan peminat permainan komputer.
Paten di atas difailkan dan jelas menunjukkan televisyen yang berputar mengikut aksi yang dipaparkan oleh permainan yang sedang dimainkan pengguna. Apabila kenderaan di kawal membelok, ia akan turut berpusing bagi memberikan visual realistik. Sebuah fungsi yang menarik tetapi berkemungkinan besar tidak akan dihasilkan secara komersial kerana memerlukan sokongan dari pengeluar konsol yang juga merupakan pesaing Samsung.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Mempatenkan TV Yang Berpusing Mengikut Aksi Permainan Komputer"