Instagram pada bulan lepas telah mengumumkan sokongan mengarkib gambar, dimana pengguna boleh memilih sebarang gambar dan menyembunyikannya daripada paparan umum. Ciri ini hanya diperkenalkan kepada sejumlah pengguna sahaja ketika bulan lepas, dan hari ini laman perkongsian gambar popular berkenaan mengaktifkan ciri mengarkib gambar berkenaan kepada semua pengguna seluruh dunia.
Melalui pilihan mengarkib gambar berkenaan, pengguna boleh menyembunyikan gambar daripada dilihat pengguna lain, dan hanya untuk tatapan anda sahaja.
Untuk mengarkib sesuatu gambar, anda boleh memilih sebarang gambar, menekan pada butang menu dan memilih “Archive” atau “Arkib”.
Ciri ini juga akan memudahkan anda menguruskan paparan akaun anda dengan lebih baik, dan tidak lagi perlu memadam sebarang gambar lama anda, sebaliknya memilih untuk menyembunyikannya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Mengaktifkan Ciri Mengarkib Untuk Semua – Kini Tidak Lagi Perlu Memadam Gambar Lama"