Kewujudan Oppo R11 bukan lagi misteri dan beberapa ura-ura mengenainya telah kami laporkan sebelum ini. Hari ini rekaan penuh serta spesifikasi dua versi Oppo R11 tertiris ke arena web selepas ia memasuki pangkalan data TENAA di China.
Oppo R11 dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 660 dan memori 4G RAM. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 16+20 Megapixel dengan zoom 2X. Kamera hadapan pula sebesar 20-Megapixel. Peranti dengan sistem operasi Android 7.1 ini turut dilengkapi bateri sebesar 2900 mAh.
Oppo R11 Plus pula berkongsi spesifikasi yang sama dengan R11 cuma dengan skrin 6″ HD penuh, memori 6 GB RAM dan bateri sebesar 3880 mAh. Jelas sekali seperti biasa Oppo menekankan kemampuan selfie yang tinggi pada peranti terbaru ini. Sedikit mengecewakan ialah R11 bukanlah sebuah peranti utama dengan pemproses lebih berkuasa seperti Snapdragon 835.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Penuh Oppo R11 dan R11 Plus Tertiris – Mengesahkan SIstem Dwi Kamera 16+20 Megapixel"