Permainan video Red Dead Redemption sepatutnya hadir pada musim luruh tahun ini. Tetapi pihak Rockstar hari ini mengumumkan permainan yang amat dinantikan peminat genre koboi ini akan ditangguhkan pelancarannya ke musim bunga 2018.
Di dalam kenyataan yang diberikan, Rockstar mengatakan mereka memerlukan lebih banyak masa bagi memastikan kualiti permainan yang dihasilkan adalah terbaik. Red Dead Redemption 2 ialah permainan pertama yang dibangunkan sepenuhnya untuk konsol generasi semasa Xbox One dan PlayStation 4. Bagi mengubat kekecewaan, Rockstar tampil dengan beberapa gambar terkini dari permainan yang sedang dibangunkan. Dari apa yang dipaparkan ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding permainan pertama.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pelancaran Red Dead Redemption 2 Ditangguhkan Ke 2018"