Memulakan tahun ini, beberapa pengeluar peranti telah mengumumkan telefon pintar dengan sokongan memori sebanyak 4GB RAM. Buat masa ini, dua pengeluar yang telah mengumumkannya adalah Asus dan juga Xiaomi. Dengan acara MWC yang dijadualkan pada bulan Mac kelak, lebih ramai pengeluar dijangka melakukan perkara sama, dan turut tidak ketinggalan adalah Samsung.
Samsung sebelum ini sedia mengumumkan yang mana mereka akan mengeluarkan memori 4GB RAM untuk peranti mudah-alih secara meluas pada tahun ini dan pengumuman tersebut hadir daripada bahagian pembangunan dan pengeluaran memori untuk peranti. Ia bukan sesuatu yang mengejutkan dimana pelbagai pihak sedia membuat spekulasi yang mana Samsung mungkin akan menggunakannya pada peranti baru mereka kelak.
Beberapa ura-ura sebelum ini sedia mengatakan Galaxy S6 akan hadir dengan memori sebanyak 3GB RAM. Jika ia benar, maka mungkin kita akan dapat melihat Samsung menawarkan beberapa variasi Galaxy S6 – dan mungkin salah satunya menggunakan memori sebanyak 4GB RAM.
Selain Galaxy S6, pihak Samsung juga turut dijangka untuk memperkenalkan sebuah variasi daripadanya yang menggunakan bahagian tepi yang melengkung pada kedua-dua bahagian dengan skrin tambahan. Perkara ini pernah dilakukan oleh Samsung dengan Galaxy Note 4, dan mereka menerima pelbagai pujian ketika itu – namun produk berkenaan tidak ditawarkan secara meluas. Mungkinkah Samsung akan menggunakan memori sebanyak 4GB RAM pada variasi Galaxy S6 Edge kelak?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy S6 Dijangka Akan Menyertakan Memori Sebanyak 4GB RAM"