Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vertu SIGNATURE Cobra Dilancarkan Dengan Harga Mencecah RM 1.5 Juta

Peranti mewah tidak mampu milik ialah sinonim dengan jenama Vertu. Mereka baru sahaja melancarkan sebuah lagi telefon mudah alih yang dijual pada harga yang mampu dimiliki golongan bangsawan. Vertu SIGNATURE Cobra sesuai dengan nama diberikan kerana mempunyai rekaan ular pada bahagian tubuhnya.

Sebuah Vertu SIGNATURE diberikan sentuhan mewah oleh Boucheron, sebuah syarikat barang kemas mewah di China. Keunikan SIGNATURE Cobra ialah ular pada kerangka yang ditatah dengan 436 butir batu delima dan dua butir batu zamrud.

Bagi yang berminat mereka boleh meletakkan wang pendahuluan berjumlah RMB 1000 (~RM 623) untuk peranti yang dijual pada harga RMB 2.47 (~RM 1.54 Juta). Hanya lapan Vertu SIGNATURE Cobra dihasilkan dan pembeli kemudian boleh meminta ia dihantar menggunakan helikopter.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vertu SIGNATURE Cobra Dilancarkan Dengan Harga Mencecah RM 1.5 Juta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info