Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vivo V5 Plus Edisi Matte Black Memasuki Pasaran Malaysia

Jenama Vivo kini semakin dikenali ramai kerana menggunakan Dato Siti Nurhaliza sebagai duta dan kemunculannya di dalam filem pecah panggung seperti Captain Amerika Civil War dan The Martian. Seperti pengeluar lain, Vivo juga nampaknya mengikuti trend semasa mengeluarkan peranti dalam warna Matte Black.

Vivo V5 Plus edisi Matte Black secara rasmi akan mula dijual di Malaysia 1 Jun hadapan. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses Snapdragon 625, memori sebesar 4 GB RAM, dan storan 64 GB. Kamera utama pada bahagian belakang sebesar 16-Megapixel dipadankan dengan dwi-kamera selfie 20+8 Megapixel dengan sokongan flash lembut. Peranti ni dijual pada harga RM 1699 sebuah.

Pada waktu yang sama Vivo memberikan potongan harga RM100 kepada harga V5 Plus dan Y66 sekiranya pembeli memberikan peranti lama kepada mereka. Pihak Vivo turut menerima peranti lama “tidak pintar” asalnya kesemua peranti yang ingin diberikan masih lagi berfungsi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vivo V5 Plus Edisi Matte Black Memasuki Pasaran Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info