Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Dan Spesifikasi Honor 9 Tertiris – Diperkasakan Pemproses Kirin 960

Honor  8 yang muncul tahun lalu ialah peranti alternatif kepada Huawei P9 bagi mereka yang tidak mahu berbelanja lebih. Spesifikasi kedua-dua peranti adalah hampir setanding tetapi harga jualan Honor 8 adalah lebih mampu milik. Honor 9 dijangka dilancarkan pada penghujung Jun ini. Rekaan dan spesifikasi peranti ini tertiris selepas ia memasuki pangkalan data TENAA.

Ia dilengkapi skrin 5.15″ HD penuh, pemproses HiSilicon Kirin 960, memori 6 GB RAM, dwi-kamera 12+20 Megapixel pada bahagian belakang dan 8-Megapixel pada bahagian hadapan. Bateri kini sebesar 3100 mAh dan meningkat dari 3000 mAh berbanding model tahun lalu.

Dari segi rekaan tiada perubahan drastik dilakukan. Tubuh peranti masih lagi diperbuat daripada kaca dengan hanya susunan flash diubah. Akhir sekali peranti ini dijangka dijual pada harga bermula dari RMB 2299 (~RM 1431) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Dan Spesifikasi Honor 9 Tertiris – Diperkasakan Pemproses Kirin 960"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info