Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Teaser Terkini HTC U11 Memberikan Petanda Sokongan Rakaman Video 360 Darjah

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum HTC U11 dilancarkan secara rasmi. Setakat ini spesifikasi dan juga fungsi tubuh yang boleh digenggam telahpun tertiris. Pihak HTC hari ini berkongsi sebuah lagi teaser yang memberikan petunjuk sebuah lagi fungsi menarik yang bakal disokong.

Dari video di atas ia seakan memberikan petunjuk HTC U11 mampu merakam video secara 360 darjah. Dari rekaan peranti yang tertiris, tidak kelihatan rekaan kamera 360 darjah. Mungkinkah U11 akan hadir dengan kamera tambahan seakan Re Camera sebelum ini dengan kemampuan seakan Samsung Gear 360? Persoalan akan terjawab minggu hadapan. Teruskan bersama kami untuk maklumat terkini peranti ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Teaser Terkini HTC U11 Memberikan Petanda Sokongan Rakaman Video 360 Darjah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info