Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Baru Google Play Store Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Google Play Store merupakan kedai aplikasi Google yang digunakan pada pelbagai peranti Android – tidak terhad untuk telefon pintar sahaja, tetapi turut boleh digunakan sehingga kepada televisyen. Terkini, Google dilihat dalam perancangan memperkenalkan rekaan baru Google Play Store, dan salah seorang jurutera perisian Google berkongsi beberapa gambar rekaan baru Google Play Store pada akaun beliau.

Google Play Store

Daripada gambar yang dikongsikan, Google dilihat akan membahagkan paparan kepada dua kategori utama, iaitu Aplikasi & Game serta Hiburan (yang meliputi filem, muzik, buku dan sebagainya).

Disamping sokongan biasa, Google juga dilihat akan menyokong paparan untuk tulisan daripada kanan ke kiri (seperti tulisan jawi).

Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkan rekaan baru ini. Daripada gambar yang hadir ini, ia kelihatan kemas sekali, dan memperlihatkan transasi yang selari dengan rekaan sebelum ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan rekaan baru Google Play Store yang bakal hadir ini?

Google Play Store

Google Play Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Rekaan Baru Google Play Store Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info