Sembang Maniac

Sembang-sembang je

AliBaba Ingin Membeli Perkhidmatan Penstriman Video Youku Pada Harga Mencapai RM17.52 Bilion

Youku Tudou adalah salah satu perkhidmatan penstriman video di China yang menawarkan perkhidmatan seumpama YouTube, dan boleh dikatakan mempunyai angka pengguna yang tinggi – memandangkan YouTube dihalang disana. Terkini, Alibaba mengumumkan ingin membeli Youku pada nilai mencapai $4.2 bilion (~RM17.52 bilion).

Youku

Alibaba merupakan sayarikat internet gergasi di China yang mana telah memulakan perniagaan sebagai platform edagang. Ia sedia digunakan secara meluas oleh bukan sahaja peniaga di China, tetapi di seluruh dunia. Alibaba juga turut mempunyai penawaran edagang untuk pengguna umum dinamakan Tmall, dan pelaburan pada pelbagai platform yang lain.

Alibaba sebelum ini telah membuat pelaburan di Youku Tudou, dan pembelian ini telah diramalkan beberapa pihak sebelum ini.

Alibaba mengatakan transaksi ini akan membolehkan integrasi menyeluruh bersama sumber Alibaba sekaligus membolehkan Youku terus berkembang dengan pesat.

Buat masa ini, Alibaba baru sahaja menghantar bidaan mereka, dan ia kini menantikan pengesahan daripada pemegang saham Youku Tudou.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "AliBaba Ingin Membeli Perkhidmatan Penstriman Video Youku Pada Harga Mencapai RM17.52 Bilion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info