Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Galaxy S7 Edge Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat

Samsung telah mengumumkan pengenalan kemaskini Android Nougat untuk para pengguna Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge sebelum ini. Kini, lanjutan daripadanya, kemaskini berkenaan dilihat sudah mula diterima oleh para pengguna tempatan.

Melalui kemaskini Android 7.0 Nougat ini, pihak Samsung menawarkan nafas baru untuk antaramuka, selain penambah-baikkan kepada prestasi peranti secara keseluruhan. Samsung turut mengatakan fungsi multi-window ditambah-baik, selain kini aplikasi boleh dipasang dengan lebih pantas lagi berbanding sebelumnya.

Samsung Nougat

Kemaskini Android 7.0 Nougat ini bersaiz sekitar 1.3GB, dan mungkin anda perlu menggunakan rangkaian WiFi untuk mengelakkan kehabisan data telekomunikasi anda.

Anda boleh menyemak kemaskini pada telefon Samsung Galaxy S7 anda dengan ke halaman Settings dan memilih About Device.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pengguna Galaxy S7 Edge Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info