Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sejumlah Komputer Riba HP Didapati Hadir Dengan Keylogger Melalui Pemacu Audio

Pada era digital masa kini, pelbagai masalah malware dan kecurian data menjadi igauan ramai pengguna. Terkini, beberapa pengkaji sekuriti mendapati beberapa komputer riba HP hadir dengan keylogger terbina yang merakamkan pelbagai input yang dilakukan oleh pengguna pada papan kekunci di komputer riba berkaitan.

Keylogger ini dikatakan hadir melalui penggunaan perisian pemacu untuk cip audio Conextant yang hadir pada komputer riba HP, dan bukannya dibangunkan oleh pihak HP sendiri. Antara model yang dikatakan menggunakan pemacu ini adalah termasuk HP Elitebook, HP ProBook, dan HP ZBook.

Data yang dikumpulkan ini dikatakan disimpan melalui sebuah fail log khusus pada komputer – dimana sekiranya dibaca, ia boleh memberikan akses kepada semua data yang diinput oleh seseorang pengguna, termasuk kata laluan dan sebagainya. Apa pun, ia didapati fail ini digantikan dan data sebelumnya dipadam daripada simpanan pada setiap kali komputer dengan perisian terlibat dimulakan semula.

Walaubagaimanapun, ia dilihat masalah ini bukan disebabkan ingin mencuri data dan sebagainya – tetapi lebih kepada kesilapan dalam pembangunan perisian pemacu audio berkenaan. Melalui versi perisian pada 2015 lepas, salah satu ciri diagnostik telah ditambah yang mana boleh diaktifkan apabila pengguna menekan suatu kekunci khusus. Walaubagaimanapun, disebabkan kesilapan pada perisian, ia menyimpan ke semua log input pengguna pada sebuah fail yang boleh diakses dengan mudah.

Bercakap mengenainya, HP mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini untuk mengatasi masalah ini kepada pengguna tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sejumlah Komputer Riba HP Didapati Hadir Dengan Keylogger Melalui Pemacu Audio"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info