Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Tablet Android 10.2-inci Dengan Papan Kekunci Boleh-Tanggal

Google pada hari ini mempunyai penawaran berbentuk telefon pintar dan tablet dibawah keluarga Nexus, selain Chromebook. Mereka juga mempunyai jenama premium tersendiri dinamakan Pixel, dimana buat masa ini hanya Chromebook Pixel sahaja diumumkan pada harga yang agak mahal dengan pelbagai ciri-ciri menarik.

Selain Chromebook Pixel, kini Google dikatakan akan hadir dengan sebuah tablet dibawah penjenamaan Pixel. Ini bermakna, ia akan dikeluarkan sendiri oleh Google dan bukannya melalui pengeluar lain seperti peranti Nexus.

Google Pixel

Peranti ini dikenali dengan nama sebagai Google Pixel C 10.2 buat masa ini, dimana ia merupakan sebuah tablet bersaiz 10.2-inci. Tablet ini bakal dijana menggunakan cip empat-teras NVIDIA X1 dan Maxwell GPU. Melengkapkan tablet ini juga adalah memori 3GB RAM LPDDR4.

Dengan pelbagai spesifikasi terkini ini, tablet Pixel ini juga dikatakan akan menawarkan rekaan yang premium, serta hadir dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan – seumpama Surface. Google dikatakan akan menyediakan dua rekaan papan kekunci boleh-tanggal untuk dipilih – dimana satu berasaskan aluminium dan satu lagi berasaskan rekaan kulit.

Pixel C ini juga akan menggunakan sokongan USB Type-C, serta akan menyertakan paparan lampu berwarna seperti pada komputer Pixel Chromebook sebelum ini untuk menunjukkan kadar baki bateri pada peranti.

Peranti ini diura-ura akan ditawarkan oleh Google pada tahun ini – berkemungkinan khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Tablet Android 10.2-inci Dengan Papan Kekunci Boleh-Tanggal"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info