Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Need For Speed : No Limits Akan Ditawarkan Untuk Pengguna Seluruh Dunia Pada 30 September 2015

Electronic Arts telah mengumumkan permainan lumba kereta untuk peranti mudah-alih mereka, iaitu Need For Speed : No Limits pada tahun lepas. Kini, mereka dalam persiapan untuk pelancaran permainan berkenaan pada peringkat global.

Permainan Need for Speed : No Limits ini akan ditawarkan secara percuma kepada pengguna, dan seperti biasa hadir dengan penawaran pembelian dalam aplikasi.

NFS No Limits

Melalui permainan ini, selain daripada lumba kereta, pemain juga boleh mengumpulkan pelbagai koleksi kenderaan ternama dari seluruh dunia – termasuk beberapa rekaan body-kit khusus, selain bersaing dengan pelbagai pihak lawan lain dalam menjadi pelumba terhebat di jalanan.

Permainan ini akan ditawarkan untuk pengguna iOS dan Android seluruh dunia bermula 30 September ini. Untuk pengguna Android, anda boleh membuat-pra-daftar hari ini dan menerima notifikasi Google Play Store apabila ia diterbitkan kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Need For Speed : No Limits Akan Ditawarkan Untuk Pengguna Seluruh Dunia Pada 30 September 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info