Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rakuten Bertaruh Kepada Masa Depan Tanpa Aplikasi

Laman e-dagang popular dari Jepun, Rakuten telah memperkenalkan Rakuten Games pada minggu ini, dimana melaluinya ia menawarkan permainan yang boleh dimainkan tanpa perlu dipasang pada komputer atau telefon anda. Permainan berkenaan boleh dimainkan pada pelayar web atau didalam aplikasi lain, memudahkan pengguna untuk memainkan antara satu sama lain tanpa perlu menantikan perisian dimuat-turun terlebih dahulu. Antara 15 permainan terawal yang ditawarkan melalui platform berkenaan adalah Pacman dan Space Invaders.

Rakuten Games

Facebook dan Tencent turut melihat kepada inisiatif yang lebih kurang sama, membolehkan pengguna untuk menghabiskan masa lebih lama pada aplikasi dan perkhidmatan mereka berbanding mencari aplikasi di Google Play Store atau Apple AppStore. Walaupun ia merupakan salah satu langkah kepada mengelak bergantung kepada ekosistem aplikasi, ia juga turut dilihat kepada setapak kebelakang seperti sebelum ini, dimana aplikasi tidak dominan seperti pada masa kini.

Rakuten sendiri mengatakan populariti web dan pengguna mereka membolehkan mereka menggunakan teknologi dan menyertai pasaran permainan mudah-alih (permua) dengan mudah, dan tanpa melalui langkah tradisi biasa.

Platform permainan yang diperkenalkan ini adalah berasaskan kepada HTML5, iaitu salah satu bahasa pengaturcaraan yang menjana pelbagai laman web, memudahkan integrasi multimedia, grafik dan kandungan permainan dengan mudah. Sebelum HTML5 menjadi piawaian utama, platform Adobe Flash digunakan ramai untuk menawarkan kandungan multimedia melalui pelayar web, termasuk antara yang popular ketika itu adalah permainan seperti FarmVille. Flash sebelum ini tidak disokong oleh produk Apple, membuatkan mereka ketiggalan, dan kini diterajui oleh HTML5.

Kini, dengan perkembangan teknologi, ramai melihat kepada membawa permainan kasual ke telefon pintar, tablet dan komputer riba dengan mudah menggunakan HTML5. Facebook sendiri sebelum ini telah memperkenalkan Instant Games, salah satu perkhidmatan berasaskan HTML5 yang membolehkan pengguna bermain dalam Facebook Messenger. Walaubagaimanapun, pembangun HTML5 masih perlu melalui pelbagai fasa untuk menawarkan permainan berkualiti seperti Vainglory, Super Mario Run, dan permainan lain.

Rakuten merancang untuk membolehkan lebih 114 juta pembeli di platform mereka menggunakan Rakuten Games. Malah, Rakuten Super Points yang digunakan meluas pada Rakuten dijangka akan turut digunakan untuk pembelian dalam permainan, selain integrasi menyeluruh kedalam Viber.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rakuten Bertaruh Kepada Masa Depan Tanpa Aplikasi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info