Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skrin LCD 18 Inci Untuk Penumpang Pesawat Kelas Ekonomi Dihasilkan Panasonic

Kami agak berusia dan sudah hampir mencecah empat dekad bernafas di bumi Allah ini. Kerana usia tua ini kami sempat melihat perkembangan teknologi yang semakin canggih mengikut peredaran zaman. Pernah suatu ketika penumpang pesawat kelas kelas ekonomi berkongsi satu skrin besar untuk menonton tayangan filem yang sana. Kini skrin peribadi untuk setiap penumpang sudah menjadi standard.

Tetapi skrin yang digunapakai pada pesawat sekarang masih kecil sekitar 10″. Ini tidak memberikan kepuasan menonton. Panasonic Avionics memperlihatkan skrin 18″ untuk kegunaan penumpang pesawat kelas ekonomi di Aircraft Interiors Expo yang berlangsung di Hamburg hari ini. Skrin sensentuh yang jauh lebih besar dari rekaan biasa ini digabungkan dengan kerusi boleh lipat Side-Slip rekaan Molon Labe.

Saiz purata televisyen di ruang tamu sudah meningkat. Oleh itu saiz skrin untuk hiburan dalam penerbangan turut harus meningkat mengikut kehendak pasaran.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skrin LCD 18 Inci Untuk Penumpang Pesawat Kelas Ekonomi Dihasilkan Panasonic"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info